Thursday 9 April 2009

Langkah MPP

Dua pertemuan telah berlangsung antara MPP Bestari Jaya bersama pemimpin persatuan pelajar dan pelajar lainnya.Dari pemerhatian saya MPP kali ini menampakkan kematangan dalam mengatur langkah awal merencanakan misi yang dekat dengan perihal pelajar UNiSEL.
Pada pertemuan pertama MPP bersama barisan pemimpin persatuan pelajar melihatkan kecenderungan mereka untuk bekerja bersama-sama rakan-rakan pelajar menerusi persatuan amat dititik beratkan. Pujian harus dilontarkan kepada mereka ini kerana mengambil iktibar dengan pergolakkan hubungan antara MPP dengan rakan-rakan pelajar UNiSEL.Apa yang menjadi tarikan utama saya ialah usaha untuk merapatkan kembali jurang antara pelajar dan MPP menerusi keselarian pergerakkan MPP bersama persatuan/kelab,keselarasan pengurusan dari pihak bawahan ke pihak atasan universiti,kejelasan kembali entiti MPP dan persatuan lainnya serta yang menjadi topik menarik pada pemerhatian saya ialah kesedaran bersama MPP dan pemimpin persatuan pelajar untuk mempertahankan dan mengenengahkan hak dan kebajikan pelajar walaupun mungkin mengundang risiko digantung.Ketelusan suara-suara sebegini menjadi dambaan para siswa/i dengan susulan yang bukan sahaja bergegar dilangit akan tetapi juga bergegar di bumi.
"Organisasi yang baik bukan datang dari kehebatan barisan kepimpinan yang baik tetapi datang dari kehebatan anak-anak buah.." Petikan kata-kata oleh mantan MPP ini telah menggegarkan semangat hadirin dan barisan MPP yang hadir pada pertemuan sesi ramah mesra di dewan biru.Agenda pelajar secara berkelompok perlu ditegakkan dahulu.Diiringi manifesto UNiSEL sebagai pelengkapnya.Tertegaknya pokok bukan kerana penanamnya,akan tetapi tegak dan kukuhnya ia adalah kerana akar dan asasnya(tanah) adalah sesuai dengan tanamannya.Demikian juga halnya antara pihak pegurusan di dalam universiti,pelajar dan entiti kelompok luar di sekitarnya.

Saturday 14 March 2009

Perbezaan Satu Rahmat



يا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِكَ أسْتَغِيثُ أصْلِحْ لي شأنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْني إلى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنِ


“(Ya Allah) wahai Tuhan yang maha hidup dan wahai Tuhan yang mentadbir sekelian makhlukNya, dariMu aku merayu bantuan, islahkanlah keadaan diriku sepenuhnya dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku sendiri sekalipun untuk (tempoh) sekedip mata”

Anas bin Malik r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. telah mewasiatkan zikir di atas kepada anaknya Fatimah r.a. agar ia membacanya setiap hari ketika pagi dan petang” (HR Riwayat Imam an-Nasai, al-Hakim, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Anas r.a.).

"Memenuhi citarasa manusia adalah satu hal yang akan mengecewakan kau."

Jelas sekali perihal maksud ayat tersebut dengan kisah yang disaksikan dalam riwayat lukhman Hakim bersama-sama anak dan himarnya semasa berpergian ke pasar. Dari satu babak ke babak yang lain diperlihatkan oleh beliau dengan menuruti setiap cakap-cakap orang di situ. Namun,tidak satu pun keadaan yang yang ditonjolkan mampu memuaskan hati orang di situ. Nah, terlihat sudah bahawa manusia sememangnya mempunyai pendapat dan ragam yang sama sekali berlainan dengan manusia yang lainnya.Hal ini yang telah diungkapkan oleh Syeikh Imam Syafi'i bagi menggambarkan perihal manusia dalam kata-kata di atas.
Raikanlah perbezaan ini sebagaimana yang diseru oleh ulama muktabar sebagai satu rahmat dalam Islam. Semoga kita diberi hidayah serta tawadduk kepada Allah dalam meneraih kejayaan mahupun kegagalan diri dalam mengerjakan amal soleh. AMIN.